Monday 22 October 2018

BBM 3410/18: Rindu Cinta Hati

Assalamualaikum...

Hai semua. Sebenarnya kan aku rindu sangat dekat cinta hati aku sorang ni. Yelaa dah 2 bulan kot tak jumpa, mestilah rindu. Tapi aku ego, taknak mengaku rindu. 

Tak sabar nak balik cuti midterm ni. Haha. Sabar jela. Takpe yang penting nanti jumpa okay. Saya rindu dan sayang awak dunia akhirat!!





BBM 3410/18: Kerana Adobe Photoshop

Assalamualaikum...

Hai semua... aku taktahu nak tulis apa, tapi minggu ni ada satu cerita mengenai adobe photoshop..
Aku dan rakan kelas perlu install adobe photoshop ini untuk buat kalendar. Semua install di komputer riba masing-masing.



Apa yang aku nak cerita 'malangnya' kawan aku yang install adobe photoshop ni ialah lepas install komputer riba tiba-tiba menjadi lambat, fail-fail terkedip-kedip, dan menjadi susah untuk berfungsi.

Kesian kawan-kawan aku yela kalau rosak komputer riba tu tak ke menangis dengan tugasan-tugasan semua dalam tu, dengan PITA (Projek Ilmiah Tahun Akhir) lagi.

Tetapi alhamdulillah semua baik saja, nasib lah takde pape dan nasib lah bukan komputer riba aku! hihihi

Jadi, jalan penyelesaiannya semua pegi beli adobe photoshop ni dekat kedai dengan harga RM10. Demi tugasan. Usaha tangga kejayaan. Berkorban apa saja. Kalau tak, tak konvo lah!! haha

Setakat ni jela cerita aku, sebab aku taktahu nak cerita apa. Okay, terima kasih sape sudi baca...

BBM 3410/18: Minggu 6

Assalamualikum...

Pada minggu 6, aku bersama ahli-ahli kumpulan "Akasia Production" telah menyempurnakan tugasan yang diberi iaitu gambar berberntuk penceritaan yang menggunakan simpulan bahasa. Setiap kumpulan dikehendaki memilih 10 simpulan bahasa.

Dibawah merupakan 10 simpulan bahasa yang telah dipilih oleh "Akasian Production":

MATA DUITAN

ANAK EMAS

PANJANG TANGAN

KAKI BANGKU

PASANG TELINGA

PERANG MULUT

CUCI MATA

PANAS BARAN

GULUNG TIKAR

RABUN AYAM


Proses tugasan dilakukan berjalan dengan lancar kerana semua ahli produksi memberi kerjasama yang baik.

Berharap tugasan yang seterusnya kami dapat buat dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih...

Thursday 11 October 2018

BBM 3410/18: Rambut Yang Kelakar

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi sedikit tentang seorang sahabat aku ni. Dia satu bilik dengan aku. Minggu lepas dia balik kampung. Bila dia datang balik ke kolej, rupanya telah berubah sebab dia potong rambut pendek.

Mula-mula dia nampak biasa, tapi selepas aku menghayati mukanya ia jadi luar biasa. ha..ha..ha..
Rambutnya pendek yang teramat dan yang menjadikan ia luar biasa kerana ia nampak kelakar bila rambutnya seolah-olah dipotong tidak sama dan botak sedikit ditengah belakang.

Setiap hari aku di dalam bilik, aku tidak boleh memandang dia. Dah macam cucu aku dah! ha..ha..ha..
Dah lah muka dia tu macam budak tadika, bila potong macam tu lagi lah. Macam aku pulak yang tua.

Tetapi kadang kesian jugak dekat dia, aku asyik gelakkan dia je. Maafkan aku sahabat, kau sering hiburkan hati aku. Aku akan ingat sampai bila-bila.


Sekian sahaja coretan dari aku. Terima kasih sebab sudi baca walaupun entah pape!

Wednesday 10 October 2018

BBM 3410/18: Pengalaman Yang Terbaik

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin kongsikan tentang pengalaman saya dalam menjalankan tugasan untuk subjek multimedia.


  • Saya banyak belajar tentang jenis-jenis fotografi.

  • Cara untuk mengambil gambar yang cantik dan sempurna.

  • Kerjasama yang berkesan bersama ahli kumpulan.

  • Cara mendengar arahan yang betul.

  • Terima kesalahan yang dilakukan dan baiki.

  • Bersabar menempuh rintangan semasa mengambil gambar.

Setiap apa yang kita lakukan semestinya mempunyai dugaan dan cabaran. Kita perlu melatih diri untuk menerima dengan hati terbuka dan belajar untuk mengatasinya. 

Apa pun kita lakukan tiada yang mudah untuk berjaya. Hari ini saya sedar bahawa pekerjaan seorang photografer itu bukannya mudah.






Sekian, terima kasih...

BBM 3410/18: Minggu 5

Assalamualaikum...

Pada minggu kelima, saya bersama kumpulan saya dikehendaki untuk mengambil gambar fotografi jenis flatlay, half flatlay, quater flatlay, dan zero flatlay

Setiap jenis fotografi hendaklah mempunyai 5 gambar dan mempunyai lain-lain tema. Selain itu, produk yang digunakan juga hendaklah berlainan walaupun tema yang sama.

Akasia Production telah memilih 5 tema iaitu travel, make up, food, dan gadget. Di bawah saya sertakan gambar-gambar semasa kami menjalankan tugasan. 

Walaupun ia mempunyai pelbagai cabaran tetapi ia menjadi satu pengalaman yang cukup indah bersama ahli kumpulan yang terbaik.








Semasa proses dijalankan cuaca ketika itu agak panas, tetapi kami berjaya siapkan tugasan walaupun bermandi peluh.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli kumpulan saya kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik. InsyaAllah kita akan buat yang lebih baik untuk tugasan seterusnya.

Sekian, terima kasih...




Tuesday 2 October 2018

BBM 3410/18: Minggu 4

Assalamualaikum...

Saya diberi tugasan untuk memberi pandangan dan pendapat tentang media sosial yang ada di dalam buku Boom.

Terdapat 6 jenis media sosial yang dinyatakan:

1. social network

2. bookmarking sites

3. social view

4. media sharing

5. microblogging

6. blogging, particularly comments and forums.

Saya diberi 2 tugasan untuk memberi pendapat tentang 6 jenis media sosial itu dan memilih satu yang saya rasa berguna untuk pembelajaran di universiti.


Sekian...

BBM 3410/18: Fotografi

Assalamualaikum....

Bagi tugasan seterusnya, saya diberi tugasan secara berkumpulan untuk mengambil gambar fotografi. 6 jenis fotografi yang perlu diambil iaitu:

1. Mug shot


2. Medium Shot


3. Long shot


4. Potrait



5. Over the shoulder


6. Bird's eye view.



Di atas saya sertakan contoh gambar yang telah diambil mengikut jenisnya. Saya berterima kasih kepada ahli kumpulan kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan tugasan ini walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang datang.

Sekian....

BBM 3410/18: Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018

Assalamualaikum...

Pada minggu ketiga ini, saya dan rakan-rakan menghadiri ke majlis perasmian Pesta Makanan Tradisional Melayu yang bertempat di CALC. Perasmian tersebut bermula jam 10.00 pagi. Selepas perasmian itu, semua tetamu pergi ke tapak jualan makanan tradisional untuk membeli dan melihat suasana pada ketika itu.



Tapak jualan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan tradisional melayu. Para peniaga terdiri daripada pensyarah, pelajar, dan peniaga luar. Turut dijemput chef tempatan untuk membuat demo tentang masakan makanan tradisional melayu.



Pada hari tersebut, saya diberi tugasan untuk mengambil gambar Pesta Makanan Tradisional Melayu sebanyak 10 keping gambar. Seterusnya, saya diminta untuk upload gambar-gambar tersebut ke dalam laman media sosial instagram berserta dengan hastag yang diberitahu.

Sekian....


BBM3410/18: Facebook (Luahan Perasaan)

Assalamualaikum prof... Ni lah facebook saya. Nanti prof tengok yee untuk bagikan markah 😂😁 Facebook: Sharzanani Sahari ...