Tuesday 25 September 2018

BBM 3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum...

Pada minggu kedua dalam subjek BBM3410, kami diajar tentang asas grafik. Terdapat 5 asas grafik iaitu mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna, dan teks. kami diberitahu dengan lebih terperinci tentang kelima-lima asas grafik itu.

Seterusnya, setiap kumpulan dikehendaki mencari gambar-gambar di majalah untuk ditampal di atas board yang ada. Kami hendaklah mencari 5 keping gambar yang mempunyai kelima-lima asas grafik tersebut dan satu keping lagi merupakan nama ahli kumpulan. Tugasan itu telah kami selesaikan dengan jayanya dan mendapat 2 bintang. Kami sangat berpuas hati kerana ia hasil kerja kumpulan kami yang pertama berkenaan grafik.










Sekian, terima kasih...

BBM 3410/18: Prof Dr Normaliza

Assalamualaikum..

Pada minggu 1 dalam kelas subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa yang diajar oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan Prof Normaliza. Sebelum ini saya pernah dengar tentang beliau tetapi tidak pernah mengenali beliau.

Pada hari pertama kelas beliau, tidak ada apa-apa yang dibuat kerana kekangan masa. Prof meminta kami semua untuk membuat kumpulan. Satu kumpulan mempunyai 10 orang. Setiap kumpulan hendaklah mencipta nama kumpulan sendiri.

Selepas itu, prof memesan untuk tugasan minggu hadapan, setiap kumpulan hendaklah membawa bahan-bahan yang diberitahu untuk membuat asas grafik. Asas grafik akan diajar oleh prof pada minggu hadapan.


Ini adalah ahli kumpulan saya seramai 10 orang dan kami sudah sepakat untuk menamakan kumpulan ini sebagai "Akasia".

Sekian, terima kasih...

BBM3410/18: Siapa Shazra Shafinaz?

Assalamualaikum...



Pertama sekali saya hendak memperkenalkan diri saya dahulu. Nama sebenar saya ialah Sharzanani Binti Sahari (185311). Saya berumur 23 tahun dan berasal dari Terengganu. Saya merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor (UPM). 

Selamat Datang Ke Blog Shazra Shafinaz!

BBM3410/18: Facebook (Luahan Perasaan)

Assalamualaikum prof... Ni lah facebook saya. Nanti prof tengok yee untuk bagikan markah 😂😁 Facebook: Sharzanani Sahari ...