Thursday 6 December 2018

BBM3410/18: Facebook (Luahan Perasaan)

Assalamualaikum prof...

Ni lah facebook saya. Nanti prof tengok yee untuk bagikan markah 😂😁

Facebook: Sharzanani Sahari






Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada hari ini saya ingin memberi perkongsian tentang video tanpa wajah.

Video tanpa wajah ialah video yang perlu dirakam dengan tidak menampakkan muka para pelakon. Video perlu menampakkan setiap pergerakkan yang dilakukan oleh barisan pelakon tersebut. 

Kebiasaannya, video tanpa wajah ini perlu memfokuskan kepada ssesuatu benda yang ingin disampaikan kepada penonton. 

Contohnya, video memfokuskan kepada bahagian kaki, tangan, badan, dan sesuatu peralatan yang digunakan dalam video itu seperti pisau, patung dan sebagainya.

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada hari ini saya ingin memberitahu secara ringkas tentang video one shot.

Video one shot mempunyai tiga jenis:

  1. Video one shot one layer
  2. Video one shot two layer
  3. Video one shot three layer
Video one shot one layer ialah satu video yang perlu dirakam hanya mempunyai satu pergerakan atau kelompok sahaja. Kamera diletakkan di satu sudut dan dirakam tanpa mengerakkan kamera.

Seterusnya video one shot two layer ialah video yang dirakam mempunyai dua pergerakkan atau dua kelompok.

Manakala video one shot three layer pula ialah video yang dirakam mempunyai tiga pergerakkan atau tiga kelompok. Kebiasaanya, kelompok ketiga yang tidak disengajakan.

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Saya ingin memberi sedikit perkongsian tentang papan cerita e-majalah.

Papan cerita atau  storyboarding adalah satu elemen penting dalam proses penceritaan filem, animasi, atau dalam bentuk multimedia lainnya. Secara ringkas, proses penyediaan papan cerita adalah dari mencipta shot visual terbaik dengan melukiskan atau mengilustrasi sesuatu babak secara ringkas untuk mengekspresikan pemahaman mengenai pentas, penyuntingan kontinuiti dan komposisi. 

Selain itu, papan cerita juga dapat menjimatkan masa dan kewangan. Hal ini kerana, sebelum proses pengambaran dijalankan, pengarah atau pelukis merancang di atas kertas tentang apa yang ingin ditonjolkan di dalam cerita tersebut. Sekarang yang lebih popular di kalangan pengarah sebelum proses menggambar adalah mencipta animasi iaitu papan cerita yang bergerak.

Tujuan papan cerita:
  1. Menjimatkan masa dan kewangan.
  2. Membantu pengarah dalam menggambarkan masa.
  3. Membantu produksi menjual idea mereka.

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini saya akan memberikan maklumat secara ringkas kepada pembaca blog mengenai asas grafik.
Asas grafik ialah prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual yang baik.

Oleh itu, terdapat 5 jenis asas grafik iaitu mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna, dan teks. 

1) Mudah
Prinsip mudah mengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Contoh, bilangan perkataan dalam satu visuak tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patath perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah, dan dapat merangsangkan pemikiran.


2) Keseimbangan
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini mata rasa selesa memandang.

3) Kesesuaian
Elemen yang berkaitan bersama yang dikumpulkan supaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. 

Contoh, ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur, dan ruang.


4) Warna
Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya, perbezaan warna antara latar (elemen negatif) dengan visual (elemen positif) akan menimbulkan kontras yang baik.

Contoh, warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa keriangan, kedamaian , selesa, dan tenteram.


5) Teks
Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi (teks).

Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan warna sejuk dengan warna hangat. Ini adalah satu daripda cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.


BBM3410/18: Facebook (Luahan Perasaan)

Assalamualaikum prof... Ni lah facebook saya. Nanti prof tengok yee untuk bagikan markah 😂😁 Facebook: Sharzanani Sahari ...