Tuesday 25 September 2018

BBM 3410/18: Prof Dr Normaliza

Assalamualaikum..

Pada minggu 1 dalam kelas subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa yang diajar oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan Prof Normaliza. Sebelum ini saya pernah dengar tentang beliau tetapi tidak pernah mengenali beliau.

Pada hari pertama kelas beliau, tidak ada apa-apa yang dibuat kerana kekangan masa. Prof meminta kami semua untuk membuat kumpulan. Satu kumpulan mempunyai 10 orang. Setiap kumpulan hendaklah mencipta nama kumpulan sendiri.

Selepas itu, prof memesan untuk tugasan minggu hadapan, setiap kumpulan hendaklah membawa bahan-bahan yang diberitahu untuk membuat asas grafik. Asas grafik akan diajar oleh prof pada minggu hadapan.


Ini adalah ahli kumpulan saya seramai 10 orang dan kami sudah sepakat untuk menamakan kumpulan ini sebagai "Akasia".

Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook (Luahan Perasaan)

Assalamualaikum prof... Ni lah facebook saya. Nanti prof tengok yee untuk bagikan markah 😂😁 Facebook: Sharzanani Sahari ...