Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Saya ingin memberi sedikit perkongsian tentang papan cerita e-majalah.
Papan cerita atau storyboarding adalah satu elemen penting dalam proses penceritaan filem, animasi, atau dalam bentuk multimedia lainnya. Secara ringkas, proses penyediaan papan cerita adalah dari mencipta shot visual terbaik dengan melukiskan atau mengilustrasi sesuatu babak secara ringkas untuk mengekspresikan pemahaman mengenai pentas, penyuntingan kontinuiti dan komposisi.
Selain itu, papan cerita juga dapat menjimatkan masa dan kewangan. Hal ini kerana, sebelum proses pengambaran dijalankan, pengarah atau pelukis merancang di atas kertas tentang apa yang ingin ditonjolkan di dalam cerita tersebut. Sekarang yang lebih popular di kalangan pengarah sebelum proses menggambar adalah mencipta animasi iaitu papan cerita yang bergerak.
Tujuan papan cerita:
- Menjimatkan masa dan kewangan.
- Membantu pengarah dalam menggambarkan masa.
- Membantu produksi menjual idea mereka.
No comments:
Post a Comment