Sunday, 18 November 2018

BBM3410/18: Cara Nak Kesan Orang Menipu

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi sedikit tips nak kesan atau kenal orang yang MENIPU... Benda ni ringkas je... Meh aku nak bagitahu...


Tips ni aku selalu guna kalau aku nak tahu sama ada orang tu menipu atau tak... Tips ni bukan aku reka sendiri yee, tapi ada pakar yang menyatakan tentang teori ini iaitu Prof Masitah Mahmud... 


Korang semua tahu ke siapa Prof Masitah tu??? Baca macam acah-acah tahu kan... tapi takpe lah yang penting korang dapat tips ni...



Kalau korang tengah bercakap atau nak tahu sesuatu rahsia tetapi nak mengelakkan orang tu tipu kau, kau tengok HIDUNG dia... Tengok macam mana??? Korang tengok sama ada HIDUNG dia kembang kecut kembang kecut ke tak...



Kalau HIDUNG dia kembang kecut semasa bercakap itu bermakna, dia sedang MENIPU KAU!!!


Ni FAKTA yee... Aku bagitahu betul... Sebab aku dah kaji dah, memang menjadi lah tips ni...




SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN............

BBM3410/18: Video One Shot Two Layer

Assalamualaikum...

Kami ditugaskan untuk menayangkan muka dekat youtube lagi... Hahaha... Belum hilang rasa malu hari tu, tambah malu lagi... Kahkahkah...


Tapi tak apa demi tugasan dan markah, kami usaha dan bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk lakukan yang terbaik walaupun video tak gempak...


Lagu yang kami pilih ialah lagu sahabat yang dinyanyikan oleh Najwa Latif ft Sleeq dan Syamkamarul...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kerana kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan amatlah bagus... 



 Akasia Production





BBM3410/18: Minggu 9

Assalamualaikum...

Minggu ni adalah minggu paling sejarah dan mungkin akan menjadi kenangan dalam hidup aku... Hari isnin, aku kebiasaannya aku akan bawa sekali buku Boom subjek multimedia tu...


Tapi biasa takdelah guna buku tu... Hahaha...


Tapi nak dijadikan cerita, minggu ni prof nak tengok pulak buku tu... Yelaa, sebab ada tugasan yang dia bagi untuk aku buat dalam kumpulan iaitu menjawab beberapa soalan dalam buku tu...



Yang menjadi masalahnya, aku tak bawa buku tu... Hahaha...



Ingatkan prof dah tak minta, disuruhnya kami semua pegi balik kolej ambil buku tu dimana jam masa tu menunjukkan masih ada masa setengah jam waktu subjek tu...


Apa lagi, lintang pukang lah lari pegi ambil... Adoii... difikir-fikirkan balik kelakar sungguh...



Okay lah, tu je yang aku nak cerita... Nanti aku cerita lagi... Bye!!!



Thursday, 15 November 2018

BBM3410/18: VIDEO MEMBUAT KALENDAR MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP



SHARZANANI BINTI SAHARI (185311)


Pada hari ini 15 November kelas amali multimedia telah dibatalkan dan digantikan dengan tugasan 

merakam video cara-cara membuat kalendar dengan menggunakan adobe photoshop.


Sunday, 11 November 2018

BBM3410/18: Twitter

Assalamualaikum...

Minggu ni dah taktahu nak cerita kisah apa... Kawan-kawan aku dah kurang kelakar dah sebab tekanan tugasan banyak...

Hahaha...

Bukan tugasan prof multimedia tugasan pensyarah subjek lain... hihihi


Ni aku nak bagitahu pasal twitter lah, harap prof tengok lah twitter aku...





Okay lah, ni jer tuk minggu ni. hahaha... terima kasih pada yang sudi singgah sini walaupun aku tahu bosan... tapi nak buat macam mana, aku taktahu nak cerita apa... Bye......

BBM3410/18: Prof Jadi Artis

Assalamualaikum...

Prof masuk tv woiii. Kali pertama aku tengok pensyarah yang mengajar aku dalam tv..



Gempak kan.. Gila tak gempak, dalam tv tu prof nampak muda gila kot...

Hari ini jugak aku kena snap gambar prof dan post dekat instagram sebagai tugasan online yang 

digantikan dengan kelas batal tu...
.
.
.

Ni lah bukti kali pertama prof komen dekat post aku!! Kali pertama weh... Sebelum ni kawan-kawan 

aku dah dapat banyak dah komen, tapi aku kali pertama... Ingat kan prof tak sedar kewujudan aku... 

hahaha...
.
.
.
Harap prof baca lah blog ni. hahaha, okay lah jumpa lagi. bye ....

BBM3410/18: Minggu 8

Assalamualikum...

Selepas cuti pertengahan sem, prof beritahu kalau taknak kelas dan buat kelas secara online kena

post gambar macam kat bawah ni........


Haa gambar tanda okay ni... Prof ni macam-macam lah... Berapa kali snap gambar tangan ni untuk nampak cantik, tapi tak cantik-cantik jugak... hahaha

Alhamdulillah, prof terima tanda okay ni dan Isnin takde kelas...

Bye!!!

BBM3410/18: Anak Buah


Assalamualaikum...

Aku ada seorang anak saudara atau lebih dikenali sebagai "anak buah"...

Namanya ialah Hafiya Uyainah yang berumur 1 tahun 8 bulan...

Aku rasa sangat sangat sangat gembira apabila aku dapat tahu dia dah pandai cakap... Yelaa baru syok nak main dengan dia kan.. 

Hari-hari aku diceriakan dengan kelakuan dia, kenakalan dia, telatah dia yang menyebabkan aku tak sabar tunggu keesokan hari...


Ni haa budaknya... Comel tak dia??? Hahaha



Terima kasih kepada yang sudi singgah blog aku... Bye !!!



Wednesday, 7 November 2018

BBM3410/18: Tugasan Masa Cuti

Assalamualaikum...

Masa cuti pun aku teringat dekat Prof... Yelaa macam mana lah aku tak ingat dia, dia bagi tugasan weh..

Ha ha ha....

Tapi, tugasan dia tak berat dan menyusahkan pun... Chill lah lagipun semua orang suka kan bergambar dan post dekat instagram... macam rutin dah kan...

Ha ha ha...

Aku dikehendaki untuk post 10 keping gambar semasa di kampung dengan hastag #KampungKu dan kata-kata daripada buku 200 Quotes...


Ni laluan yang biasa aku lalu untuk bersiar-siar pada petang hari...




Ni pulak sahabat kampung aku... Selalu lepak kat pantai...





Musim hujan dah tiba... Hari-hari hujan tak henti... Tapi cari jugak masa tuk keluar demi prof...


Tu jelaa aku nak kongsi, jumpa lagi yee. Bye !!!


BBM3410/18: Minggu Cuti Pertengahan Sem



Assalamualaikum...

Minggu ni merupakan cuti midterm, jadi aku kat mana? 

Kat mana lagi weh, kat kg lah!!! Hahaha... 2 bulan tak jumpa keluarga, akhirnya dapat lepaskan rindu ni...

Yang paling rindu ialah masakan mak... Hehehe

Paling suka bila mak aku sendiri jemput aku dekat stesen bas. huhuhu

Biasanya, kawan-kawan aku...

Perjalanan aku ke Terengganu mengambil masa selama 8 jam...

Tak lama pun kan? sekejap jer.. hahaha



Ni lah jalan kg aku... Takde lah kg sangat kan? hahaha

Okay lah, tu jer nak cerita... Jumpa lagi yee, bye !!!


BBM3410/18: Ramai Dah Balik



Assalamualaikum...

Minggu 7 ni paling mencabar sekali...

Sebabnya, minggu ni orang dah siap sedia nak balik kampung dah...

.
.
.

Masa dah ramai duk tarik bagasi atas jalan tar ni, tapi aku krik krik masih ada kelas hari khamis tu...

Dah lah satu kelas jer, pkul 2 petang sampai 4 petang pulak tu... Ishhh

Kelas apa??? Hmm, ntah lah... ahaha
.
.
.

Tak sabar nak balik sebab nak jumpa orang yang sangat penting dalam hidup aku!!

Tu jelah, jumpa lagi... bye !!


BBM3410/8: Geng Joget Bukit Ekspo

Assalamualaikum geng...

Aku nak kongsi sikit cerita tentang kumpulan LAX Karaoke aku. Kami kena shoot muzik video macam multimedia jugak tapi lagu english. 

Lagu yang kami pilih ialah Trouble Is A Friend by Lenka.

Video itu dirakam di Bukit Ekspo UPM. Suasana yang hijau dan pemandangan yang cantik  menyebabkan kami pilih lokasi tersebut.




Ni lah geng aku yang telah menjayakan tugasan ini dengan jayanya.. Tak puas lagi joget.. Hahaha


Tu saja dari aku, thanks yang baca. Bye!

BBM3410/18: Minggu 7

Assalamualaikum semua...

Hai sahabat-sahabat ku.

Hari ini aku nak kongsi tentang tugasan minggu 7 bersama ahli-ahli kumpulan aku.


Kami diberi tugas untuk membuat muzik video one shot. Lagu yang kami pilih ialah

Lagu: Tamparan Wanita
Penyanyi Asal: Elite

Lagu ini dipilih kerana ahli kumpulan aku semua perempuan. So, sesuai lah. Ha ha ha...

Di bawah aku sertakan sekeping gambar selepas shoot video tu ...


AKASIA PRODUCTION


Terima kasih kat orang yang tengok blog aku... He he he

BBM3410/18: Facebook (Luahan Perasaan)

Assalamualaikum prof... Ni lah facebook saya. Nanti prof tengok yee untuk bagikan markah 😂😁 Facebook: Sharzanani Sahari ...